Tuesday, October 12, 2010

asigment akaun= asas akruan

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kami menyiapkan tugasan berkumpulan ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan buat pensyarah perakaunan dari kumpulan A iaitu Dr. Norlia bt Mat Norwani di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan oleh beliau sepanjang tempoh kami menyiapkan tugasan ini. Di samping itu, terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada ahli-ahli kumpulan kami yang banyak bekerjasama dan berkorban sama ada dalam bentuk tenaga, masa mahupun wang sepanjang menyiapkan tugasan perakaunan ini. Jutaan terima kasih juga buat kawan-kawan yang sudi menghulurkan bantuan dengan menyumbangkan buah fikiran untuk menjayakan tugasan ini.

















1.0 PENGENALAN
Perakaunan memainkan peranan yang penting dalam sistem ekonomi kita. Perakaunan menyediakan maklumat yang berguna kepada pembuat keputusan seperti individu, perniagaan, kerajaan dan terutama sekali dalam membuat keputusan berkaitan perkara-perkara yang melibatkan kewangan. Perniagaan memerlukan maklumat perakaunan untuk membolehkannya beroperasi dengan baik dan mencapai maklumat. Tanpa maklumat perakaunan, pengurus perniagaan tidak dapat mengawal kos, menetapkan harga jualan dan menyediakan belanjawan.
Dalam setiap jenis profesion, ada dibentukkan satu piawai atau standard tertentu yang perlu diikuti oleh mereka yang terlibat dengan amalan bidang berkenaan. Bidang perakaunan juga tidak dapat lari daripada konsep-konsep Perakaunan Diterima Umum atau lebih kerap disebut sebagai Generally Accepted Accounting Principle (GAAP). Ia termasuklah konvensyen, peraturan dan tatacara yang membentuk amalan perakaunan yang diterima. Perkataan “Diterima Umum” bermakna diterima secara persetujuan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam profesion perakaunan. Persetujuan ke atas set prinsip-prinsip itu diwujudkan daripada pengalaman, kebiasaan, penggunaan dan keperluan yang praktikal.
Ketika mengira hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh perakaunan, terdapat dua asas yang digunakan iaitu asas tunai dan asas akruan. Mengikut prinsip GAAP, penyata kewangan perlu disediakan mengikut asas akruan kerana asas ini menggambarkan operasi kewangan dan kedudukan kewangan dengan tepat dan saksama. Berdasarkan kenyataan ini maka, penyata kewangan tidak boleh disediakan dengan hanya menggunakan maklumat baki akaun yang terdapat dalam imbangan duga sesebuah perniagaan kerana maklumat yang terdapat di dalamnya tidak menggambarkan kedudukan kewangan perniagaan yang sebenarnya bagi tempoh perakaunan yang dilaporkan.
Dengan itu keputusan yang dibuat berdasarkan maklumat tersebut adalah tidak relevan dengan operasi perniagaan tempoh tersebut. Maka, pelarasan perlu dibuat untuk mengira hasil yang sebenar-benarnya hasil tahun semasa dan belanja yang sebenarnya belanja tahun semasa. Terdapat tiga prinsip utama dari GAAP yang diguna pakai dalam membuat pelarasan hasil dan belanja mengikut asas akruan iaitu:


1. Prinsip Realisasi
Juga dikenali sebagai prinsip pengiktirafan hasil iaitu prinsip yang menetapkan bahawa hasil perlu diiktiraf dan dilaporkan dalam penyata pendapatan bagi tempoh di mana hasil tersebut diperolehi dan bukannya dalam tempoh di mana tunai daripada hasil tersebut diterima atau dalam erti kata lain hasil akan diiktiraf sebaik sahaja urusniaga atau penjualan berlaku tanpa mengambilkira sama ada ia berlaku secara tunai atau secara kredit.

2. Prinsip Pemadanan
Prinsip ini pula menetapkan bahawa segala belanja yang dilibatkan untuk memperolehi hasil perlu dipadankan dengan hasil berkenaan dalam tempoh di mana hasil diperolehi tanpa mengira sama ada tunai sudah di bayar atau belum.

3. Prinsip tempoh perakaunan
Walaupun hayat perniagaan adalah berterusan, bagi tujuan pelaporan dan pengiraan untung bersih, prinsip tempoh perakaunan diperlukan iaitu sama ada secara tahunan, dwi tahunan dan sebagainya mengikut kesesuaian perniagaan. Prinsip ini membolehkan prestasi entiti diukur dan seterusnya dibaiki dari semasa ke semasa.

2.0 LATAR BELAKANG TAJUK
Dalam menguruskan kewangan dan perakaunan, terdapat dua asas perakaunan yang digunakan iaitu asas tunai dan asas akruan. Pada masa dahulu, kedua-dua sektor awam dan swasta menggunakan perakaunan asas tunai sehingga abad ke-16. Kemudiannya, asas tunai masih terus diamalkan bagi perakaunan kerajaan di seluruh dunia manakala sektor swasta membangunkan GAAP dan perakaunan asas akruan serta mengamalkannya.

Walau bagaimanapun, menurut Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), beberapa negara telah beralih kepada sistem perakaunan asas akruan. Negara-negara seperti New Zealand, Australia, Finland, Sweeden dan Amerika Syarikat telah
mengamalkan asas akruan sepenuhnya. Kanada dan Iceland mengambil asas akruan kecuali tidak mengambilkira aspek aset modal dan susutnilai aset. Beberapa negara lagi iaitu Jepun,
Belanda, Portugal, Switzerland, Itali dan United Kingdom pula mengamalkan asas akruan untuk penyata kewangan peringkat Jabatan dan agensi.

Di Malaysia, terdapat tiga peringkat kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan. Di samping itu, terdapat juga lain-lain entiti seperti agensi-agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Badan Berkanun dan Syarikat-syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di negara ini mengamalkan sistem perakaunan asas tunai manakala Kerajaan Tempatan, agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan pula mengamalkan sistem perakaunan asas akruan.

2.1 PERBEZAAN PERAKAUNAN ASAS TUNAI DENGAN ASAS AKRUAN
Asas Tunai Ciri-ciri Asas akruan
Prinsip pemadanan membandingkan jumlah hasil sebenar dengan jumlah belanja sebenar
Konsep
Perakaunan
(pemadanan ) Mengikut prinsip pemadanan bagi pengiraan untung yang tepat.
Untung bagi sesuatu tempoh perakaunan dihitung dengan mencari perbezaan antara hasil yang diterima dengan belanja yang dibayar dalam bentuk tunai.

Pengiraan
untung Belanja yang telah dibayar dan hasil yang telah diterima bagi tempoh perakaunan tidak diambil kira dalam menghitung keuntungan tempoh perakaunan semasa
Hasil tidak direkod jika tunai tidak diterima.Begitu juga,apabila tunai tidak dibayar,belanja tidak direkod
Pengiktirafan
hasil Semua akaun hasil dan belanja mesti diselaraskan dan amaun yang sebenar dipindahkan ke penyata pendapatan.
Perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan perkhidmatan Jenis
perniagaan Firma besar (urusniaga secara kredit)
Hasil diterima-belanja dibayar=untung
Rumus
Pengiraan
untung Hasil sepatutnya-belanja terlibat=untung


2.2 PERAKAUNAN ASAS TUNAI
Mengikut asas ini, hasil diiktiraf dan direkod hanya apabila tunai telah diterima dalam tempoh perakaunan tersebut manakala belanja pula akan diiktiraf dan direkodkan hanya apabila tunai telah dikeluarkan untuk membayar belanja berkenaan dalam tempoh perakaunan tersebut. Asas ini selalunya diramalkan oleh firma kecil atau firma perkhidmatan seperti pusat tuisyen dan klinik perubatan. Pengiraan untung rugi asas konsep tunai tidak mematuhi prinsip-prinsip perakaunan diterima umum.
Penentuan keuntungan mengikut asas tunai ialah:
Keuntungan = tunai diterima - tunai dibayar
Contoh: Hasil
Syarikat Casway telah menyewakan sebahagian bangunan kedainya kepada pelanggannya pada 1 Disember 2001 dengan kadar RM200 sebulan. Bayaran sewa untuk bulan Disember telah diterima pada 31 Januari 2002.
Mengikut asas tunai, hasil sewa akan diiktiraf dan direkodkan dalam tahun 2002 iaitu semasa bayaran tunai diterima. Jadi hasil sewa ini akan ditunjukkan dalam akaun untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2002.
Contoh: Belanja
Syarikat Din telah menerima bil telefon untuk perkhidmatan bekalan elektrik tersebut bagi bulan Disember 2001. Bil tersebut telah dibayar dalam bulan Januari 2001.
Mengikut asas tunai, belanja telefon akan diiktiraf dan direkodkan dalam tahun 2002 iaitu semasa bayaran tunai dibuat. Jadi belanja telefon ini akan ditunjukkan dalam akaun untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2002.





2.3 PERAKAUNAN ASAS AKRUAN
Sesebuah perniagaan perlu menyediakan penyata kewangan mengikut asas akruan kecuali maklumat aliran tunai. Oleh kerana kebanyakan perniagaan menjalankan urus niaga secara kredit, maka amalan perakaunan asas tunai adalah tidak sesuai untuk menghitung untung.
Mengikut perakaunan asas akruan, urus niaga dan peristiwa diiktiraf apabila ia berlaku (bukan bila tunai diterima atau dibayar) dan direkodkan dalam rekod perakaunan tempoh urus niaga tersebut berlaku. Berdasarkan asas akruan, hasil akan diiktiraf dan direkodkan apabila barangan atau perkhidmatan telah diberikan dalam tempoh perakaunan tersebut tanpa mengira sama ada tunai telah diterima ataupun belum. Ini kerana, sepanjang tempoh perakaunan tertentu bukan semua hasil atau belanja yang direkodkan itu adalah berkaitan dengan tempoh perakaunan yang sedang berlaku sahaja. Seterusnya urus niaga tersebut dilaporkan dalam penyata kewangan dalam tempoh yang sama.
Perakaunan asas akruan mengamalkan prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum dan mengikut prinsip pemadanan bagi pengiraan untung yang lebih tepat, di mana jumlah hasil sebenar bagi sesuatu tempoh perakaunan dipadankan dengan jumlah belanja sebenarnya yang wujud dalam tempoh perakaunan yang sama. Ini termasuk semua belanja yang belum dibayar dan semua hasil yang belum diterima bagi tempoh perakaunan tersebut. Ini bermakna di bawah asas ini, hasil dan belanja diiktiraf dan direkodkan ketika urusniaga berlaku, bukan semasa penerimaan dan pembayaran tunai dibuat.
Belanja diiktiraf dalam penyata pendapatan berdasarkan perkaitan langsung di antara kos yang dikenakan (incurred) dengan perolehan item tertentu pendapatan. Ini adalah untuk memastikan belanja dipadankan dengan pendapatan yang berkaitan. Semua kos berkaitan aktiviti penjanaan hasil dalam tempoh tersebut juga dilaporkan dalam tempoh yang sama walaupun bayaran ke atas perbelanjaan belum dibuat. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa segala belanja yang telah dibayar dan hasil yang telah diterima bagi tempoh perakaunan yang berikutnya tidak di ambil kira dalam menghitung keuntungan tempoh perakaunan semasa.



Sebagai contoh, dalam bulan April 20X1 hasil jualan terdiri daripada RM18 ribu jualan secara tunai dan RM2 ribu secara kredit. Kutipan untuk jualan kredit bulan April diterima dalam bulan Mei 20X1. Berapakah jumlah jualan yang harus diiktiraf dalam bulan April? Mengikut perakaunan asas akruan, jualan dalam bulan April 20X1 ialah RM20 ribu walaupun RM18 ribu sahaja kutipan diterima dalam bulan April 20X1.

Selain itu, untuk contoh yang lebih jelas ialah insurans yang dibayar dalam tahun semasa ini, boleh termasuk dalam insurans untuk tahun akan datang. Oleh itu, pelarasan pada hari imbangan adalah perlu bagi memastikan hanya hasil dan belanja bagi tempoh itu sahaja dimasukkan.

Pada tarikh imbangan, semua akaun hasil dan belanja mesti diselaraskan dan amaun yang sebenar diterima atau dibayar dipindahkan ke penyata pendapatan untuk menentukan untung atau rugi bagi tempoh perakaunan itu. Pelarasan-pelarasan yang perlu dibuat pada tarikh imbangan adalah seperti berikut :-
i. Belanja terakru
ii. Belanja terdahulu
iii. Hasil terakru
iv. Hasil terdahulu

2.4 ITEM-ITEM PELARASAN
Untuk membolehkan perniagaan menggunakan konsep asas akruan, satu pelarasan di akhir tempoh perakaunan perlu dilakukan ke atas item-item yang terlibat.
2.4.1 ITEM-ITEM TERAKRU
Perniagaan biasanya merekodkan setiap perbelanjaan di dalam akaun masing-masing setelah pembayaran di buat tanpa mengambilkira tempoh kegunaan belanja tersebut. Oleh itu, baki yang terdapat dalam akaun belanja biasanya merupakan nilai yang telah di bayar.


2.4.1.1 BELANJA TERAKRU/BELANJA BELUM BAYAR
Belanja yang di buat dalam tempoh perakaunan semasa tetapi masih belum di bayar. Walaupun akan di bayar dalam tempoh perakaunan berikutnya, ia harus dianggap sebagai belanja tahun perakaunan semasa. Sebarang belanja terakru hendaklah ditambah dan diambilkira sebagai sebahagian daripada belanja tahun semasa. Belanja terakru merupakan satu liabiliti kepada perniagaan. Ini kerana perniagaan berhutang atas perkhidmatan yang telah diperoleh. Contohnya, gaji belum bayar, utiliti belum bayar dan faedah belum bayar.
Catatan pelarasan yang perlu di buat dalam jurnal am untuk merekodkan belanja terakru/belanja belum bayar ialah:
Dt: Akaun belanja berkenaan xx
Kt: Akaun belanja terakru/belanja belum bayar xx
(merekodkan belanja terakru/belanja belum bayar)

Pelarasan pada hari imbangan ialah akaun belanja akan ditutup dan dipindahkan ke Akaun Untung Rugi manakala akaun belanja terakru akan dibawa ke bawah bakinya dan ditunjukkan dalam Kunci Kira-kira sebagai liabiliti semasa.
Contoh soalan:
Pada 1 Mei 2009, Syarikat Bunga Indah telah membuat pinjaman sebanyak RM10 000 dengan kadar faedah 10% setahun. Faedah atas pinjaman akan dibayar pada 30 April 2010 semasa pinjaman tersebut dijelaskan sepenuhnya.
Penyelesaian:
Catatan jurnal pada 1 Mei 2009,
Tarikh Butiran Debit (RM) Kredit (RM)
2009
Mei 1 Dt Tunai
Kt Pinjaman
(merekod pinjaman dengan kadar faedah 10% setahun) RM10, 000
RM10, 000

Pada 31 Disember 2009, syarikat perlu mengiktiraf belanja faedah atas pinjaman tersebut untuk tempoh 6 bulan yang berjumlah:
= RM10, 000 x 10% x 6/12 bulan
= RM500
Catatan jurnal pelarasan adalah seperti berikut,
Tarikh Butiran Debit Kredit
2009
Dis 31 Dt Belanja Faedah
Kt Belanja Faedah Belum Bayar
(merekod belanja faedah belum bayar) RM500
RM500


2.4.1.2 Hasil Belum Terima
Hasil belum terima wujud apabila perniagaan member perkhidmatan secara kredit dan bayaran hanya akan diterima daripada pelanggan pada tempoh perakaunan berikutnya, ia harus dianggap sebagai hasil perakaunan tahun semasa. Sebarang hasil boleh terima hendaklah ditambah dan diambil kira sebagai sebahagian daripada hasil tahun semasa. Hasil belum terima merupakan satu aset semasa kepada perniagaan.
Pelarasan pada hari imbangan bagi hasil belum terima akan melibatkan dua akaun iaitu akaun hasil yang terdapat di dalam Penyata Pendapatan sebagai hasil dan akaun aset yang terdapat dalam Kunci Kira-kira sebagai aset semasa.
Catatan pelarasan yang perlu di buat dalam jurnal untuk merekodkan hasil belum terima ialah:
Dt : hasil belum terima xx
Kt : hasil berkenaan xx



Contoh soalan:
Syarikat Atiqah Sdn. Bhd memberi sewa kedai pada 25 Disember 2009 berjumlah RM4800 dan hanya akan menerima bayaran dalam tempoh sebulan dari tarikh menyewa.
Penyelesaian:
Catatan jurnal pelarasan yang perlu dibuat :
Tarikh Butiran Debit Kredit
2009
Dis 31 Dt Sewa Belum Terima
Kt Sewa
(merekod hasil sewa belum terima) RM4800
RM4800


2.4.2. ITEM-ITEM PRABAYAR
Item-item prabayar terdiri daripada prabayar atau bayar dahulu dan hasil belum terperoleh atau terima dahulu.
2.4.2.1. Hasil terdahulu
Merupakan tunai yang diperoleh dalam tempoh perakaunan semasa tetapi perkhidmatan masih belum diberikan kepada pelanggan. Hasil ini akan dianggap liabiliti sehingga perkhidmatan diberikan kepada pelanggan.
Contoh soalan:
Pada 1 Ogos 2010,Zua Katering telah menerima tempahan makan malam daripada seorang pensyarah pengurusan perniagaan Kolej Matrikulasi Perlis. Zua Katering telah meminta pensyarah tersebut membayar wang pendahuluan sebanyak RM500 dan bakinya RM1000 akan dibayar kemudian. Tempoh perakaunan Zua Katering berakhir pada 31 Ogos 2010.



Penyelesaian:
Catatan jurnal pada 1 Ogos 2010,
Tarikh Butiran Debit Kredit
2010
Ogos 1 Dt Tunai
Kt Hasil Belum Terperoleh
(merekod hasil belum terperoleh) RM500
RM500

Catatan pelarasan pada 31 Ogos 2010,
Tarikh Butiran Debit Kredit
2010
Ogos 31 Dt Hasil Belum Terperoleh
Kt Hasil
(merekod pelarasan hasil sewa) RM1000
RM1000


2.4.2.2 Belanja prabayar
Wujud apabila tunai dibayar dalam tempoh perakaunan semasa untuk manfaat yang akan dinikmati pada masa hadapan. Pembayaran ini akan dianggap sebagai aset dan akan diktiraf sebagai belanja setelah manfaatnya diperoleh.
Contoh soalan:
Pada 1 Ogos 2010, syarikat telah membeli polisi insurans bernilai RM1200 untuk perlindungan selama setahun dan merekodkannya seperti di bawah. Tempoh perakaunan berakhir pada 31 Oktober 2010.
Catatan jurnal pada 1 Ogos 2010
Tarikh Butiran Debit Kredit
2010
Ogos 31 Dt Insurans Prabayar
Kt Tunai
(merekod pembelian insurans) RM1200
RM1200


Catatan pelarasan pada 31 Oktober 2010;
Tarikh Butiran Debit Kredit
2010
Okt 31 Dt Belanja Insurans
Kt Insurans Prabayar
(merekod pelarasan belanja insurans) RM400
RM400


2.4.3 SUSUTNILAI
Definisi
Susutnilai ditakrifkan sebagai ukuran bagi kesusutan, penggunaan atau kehilangan bagi sesuatu aset, sama ada berpunca daripada penggunaan, perubahan masa atau keusangan teknologi dan perubahan pesanan.
Faktor-faktor berlakunya susutnilai:
• Aset tetap yang digunakan mengalami penurunan dari segi kecekapan akibat daripada penggunaan yang lasak dan kerap.
• Aset tetap mempunyai usia yang terhad dan sentiasa mengalami kehausan dan kereputan fizikal seperti karat atau reput.
• Faktor keusangan sesuatu aset tetap akibat daripada perubahan teknologi.
• Peredaran masa akan menyebabkan aset tetap mengalami keusangan dan dianggap lapuk
Kaedah-kaedah pengiraan susutnilai
Terdapat dua kaedah utama dalam mengira susutnilai iaitu kaedah Garis lurus dan Kaedah Baki berkurangan. Pemilihan kaedah pengiraan susutnilai bergantung kepada corak penggunaan aset dan manfaat yang akan diperolehi. Kaedah pengiraan susutnilai yang dipilih haruslah tekal supaya pebandingan antara tempoh-tempoh dan antara syarikat-syarikat dapat dilakukan.

i. Kaedah garis lurus
Kaedah ini mengandaikan corak hasil yang diperoleh adalah sama bagi setiap tempoh penggunaanya. Oleh itu, amaun belanja susutnilai juga harus sama.

Formula untuk mengira belanja susutnilai tahunan:

Belanja susutnilai tahunan = kos belian aset-anggaran nilai sisaan
anggaran usia guna


Contoh:

Sebuah van telah dibeli dengan harga RM31,500 dan dijangkakan van ini boleh digunakan selama 10 tahun. Pada akhir tahun yang ke sepuluh, nilai akhir van itu dianggarkan cuma RM500. Berdasarkan formula, susutnilai van itu setahun ialah:

Jawapan:

Susutnilai = RM31,500 – RM500
10 tahun

= RM3,100


Nilai ini adalah sama setiap tahun iaitu 10% setahun.

ii. Kaedah baki berkurangan

Kaedah ini digunakan apabila manfaat yang diperolehi daripada aset tetap itu menunjukkan corak penurunan iaitu manfaat diperoleh tinggi di awal tahun penggunaan dan menurun di akhir tahun penggunaan. Kaedah ini sesuai dengan prinsip pemadanan kerana amaun susutnilai tinggi pada awal tahun penggunaan dan semakin berkurang pada akhir tahun penggunaan.

Formula untuk mengira belanja susutnilai di bawah kaedah baki berkurangan:

Susutnilai tahunan = kadar susutnilai (%) X nilai buku pada awal setiap tahun

Kadar yang digunakan adalah tetap untuk setiap tahun. Jika kadar tidak diberi, pengiraannya adalah seperti berikut:

Kadar susutnilai (%) = 100
Usia guna

Contoh:

Sebuah bangunan dibeli dengan harga RM40,000. Bangunan itu disusutnilaikan sebanyak 10% setahun secara baki berkurangan.

Pengiraan adalah seperti berikut:

Tahun Belanja susutnilai tahunan Susutnilai terkumpul Nilai buku
1 10% X RM40,000=RM4,000 RM4,000 RM36,000
2 10% X RM36,000=RM3,600 RM7,600 RM32,400
3 10% X RM32,400=RM3,240 RM10,840 RM29,160


Kaedah lain untuk mengira susutnilai
Terdapat banyak kaedah dalam mengira susutnilai. Antara dua kaedah lain untuk mengira susutnilai ialah kaedah jumlah angka tahunan dan kaedah unit aktiviti.



i. Kaedah jumlah angka tahunan

Kaedah ini menentukan susutnilai berada pada keadaan menurun atau berkurang sepanjang tempoh aset itu digunakan. Pada awal tempoh aset digunakan, susutnilai yang dikira adalah tinggi dan pada akhir tempoh aset itu digunakan susutnilai adalah rendah.

Formula belanja susutnilai:

Belanja susutnilai tahunan = kos boleh disusutnilaikan X pecahan jumlah angka tahunan

 Kos boleh disusutnilaikan merupakan jumlah kos asal aset tetap selepas ditolak anggaran nilai sisaan.
 Pecahan pula merupakan sebahagian daripada jumlah angka tahun usia guna aset.

Formula jumlah angka tahunan dikira seperti berikut:

Jumlah angka tahunan = n (n+1)
2

*n = usia guna

Contoh:

En. Amran membeli sebuah mesin memproses roti berharga RM 25,000 pada tahun 2009. Nilai sisaan dianggarkan sebanyak RM5,000. Dianggarkan tempoh guna mesin itu adalah 4 tahun.





Jawapan:

Jumlah angka tahunan = 4 (4+1)
2

=
10

Tahun Kos boleh disusutnilaikan Belanja susutnilai tahunan
(RM) Susutnilai terkumpul (RM) Nilai buku
(RM)
1 RM20,000 4/10 X 20,000=8,000 8,000 17000
2 RM20,000 3/10 X 20,000=6,000 14,000 11,000
3 RM20,000 2/10 X 20,000=4,000 18,000 7,000
4 RM20,000 1/10 X 20,000=2,000 20,000 5,000

Sepanjang tahun susutnilai menunjukkan pola yang menurun. Lagi lama usia aset lagi besar jumlah angka sebagai asas kadar pengiraan susutnilai tersebut.

ii. Kaedah unit aktiviti

Kaedah ini lebih tepat dalam menentukan susutnilai dan hayat sesuatu aset. Ini kerana aset tetap disusutnilaikan dalam bentuk ukuran aktiviti dan bukannya tahun yang dijangkakan daripada aset tetap tersebut. Kaedah ini sesuai digunakan jika amaun penggunaan mesin yang diukur dengan pengeluaran adalah berbeza dari tahun ke tahun. Ini kerana ia memberi pemadanan belanja dan hasil yang baik.

Formula belanja susutnilai:

Belanja susutnilai tahunan = Kadar susutnilai seunit X Jumlah unit aktiviti sepanjang tahun

Formula untuk mengira kadar susutnilai seunit:

Kadar susutnilai seunit = Kos boleh disusutnilaikan
Jumlah anggaran unit aktiviti

Contoh:

En. Mat telah membeli jentera menuai padi berharga RM250,000. Anggaran nilai skrap sebanyak RM20,000. Jentera ini dijangka beroperasi selama 5 tahun. Jika pada tahun 2010 jentera ini telah beroperasi sebanyak 12,000 jam, kirakan susutnilai jentera tersebut.

Jawapan:
Kadar susutnilai sejam = RM250,000 – RM20,000
60,000 jam

=
RM 3.83 sejam

Belanja susutnilai tahun 2010 =
RM 3.83 X 12,000 jam

=
RM 45,960

2.4.4 HUTANG LAPUK
Definisi
Hutang lapuk adalah hutang yang tidak dapat dikutip atau hutang yang masih belum dijelaskan oleh pelanggan apabila tempoh kredit sudah tamat. Firma akan mengiktiraf amaun yang tidak dapat dikutip sebagai belanja hutang lapuk yang mewakili sebahagian daripada belanja operasi syarikat atau belanja pentadbiran firma.

Sebab-sebab berlakunya hutang lapuk
• Penghutang tidak mampu membayar atau penghutang sengaja tidak mahu membayar.
• Penghutang meninggal dunia.
• Penghutang tidak dapat dikesan.
• Penghutang melarikan diri dengan tujuan menipu.

Kaedah untuk merekod belanja hutang lapuk

Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan bagi merekodkan belanja hutang lapuk iaitu kaedah peruntukan hutang lapuk dan kaedah hapuskira langsung.

i. Kaedah peruntukan hutang lapuk

Kaedah ini digunapakai sekiranya pihak syarikat hanya sangsi atau ragu ke atas kemampuan penghutang menjelaskan bayaran. Mengikut kaedah ini, satu anggaran amaun yang tidak dapat dikutip atau dijangka menjadi hutang lapuk dibentuk setiap akhir tahun. Tujuan amaun peruntukan ini dibentuk ialah untuk mematuhi prinsip pemadanan.

Pengiraan belanja hutang lapuk,

Belanja hutang lapuk = Anggaran (%) hutang lapuk X Baki akaun belum terima

Contoh:

Baki akaun belum terima pada 31 Disember 2009 berjumlah RM12,500. Pihak syarikat menjangkakan sebanyak 10% daripada jumlah tersebut akan menjadi lapuk.

Jawapan:

Belanja hutang lapuk = 10% X RM12,500

=
RM1,250

Catatan jurnal pelarasan bagi belanja hutang lapuk pada 31 Disember 2009 adalah seperti berikut:


Tarikh Butiran Debit Kredit
2009
Dis 31 Dt Belanja Hutang Lapuk
Kt Peruntukan Hutang Lapuk
(merekod pelarasan belanja hutang lapuk) RM1250
RM1250


ii. Kaedah hapuskira langsung

Kaedah ini lebih senang berbanding dengan kaedah peruntukan. Mengikut kaedah ini, amaun belanja hutang lapuk hanya diiktiraf dalam tempoh di mana akaun belum terima ini benar-benar pasti tidak dapat dikutip. Oleh itu, tiada anggaran hutang lapuk perlu dibuat dalam tempoh jualan berlaku dan juga tiada akaun peruntukan serta tiada pelarasan pada akhir tempoh perlu dilakukan.

Contoh:

Baki akaun belum terima pada 31 Disember 2009 sebanyak RM12,500. Pihak syarikat membuat keputusan 5% daripada hutang tersebut tidak dapat dikutip lagi.

Jawapan:

Belanja hutang lapuk = 5% X RM12,500

=
RM625

Catatan jurnal pelarasan bagi belanja hutang lapuk pada 31 Disember 2009 adalah seperti berikut :
Tarikh Butiran Debit Kredit
2009
Dis 31 Dt Belanja Hutang Lapuk
Kt Akaun Belum Terima
(merekod pelarasan belanja hutang lapuk) RM625
RM625

3.0 PERBINCANGAN & CADANGAN
Perbincangan
Analisis ini akan dapat membantu dalam penyediaan analisis kewangan syarikat untuk menentukan sama ada analisis tersebut boleh digunakan mahupun tidak. Pelabur juga boleh menggunakan analisis kewangan ini bagi menganggarkan hasil pelaburan pada masa akan datang kerana jangkaan hasil pelaburan akan berubah mengikut pasaran.
Seterusnya, penggunaan asas tunai lebih baik berbanding asas akruan kerana hasil yang di perolehi pada masa akan dating lebih tepat dan mudah di kenalpasti. Selain itu, analisis ini juga menunjukkan penggunaan maklumat akruan dapat membantu pelabur kekal melakukan pelaburan dalam syarikat pada jangkamasa yang panjang.
Konsep asas akruan ini sesuai digunakan apabila entiti mempunyai banyak urusniaga sama ada penerimaan atau pengeluaran yang bersifat atau bertempoh panjang iaitu lebih dari satu tahun. Manakala asas tunai sesuai digunakan jika entiti melakukan banyak urusniaga yang melibatkan amaun yang kecil dan bersifat jangka pendek. Catatan pelarasan adalah perakaunan tambahan yang direkodkan pada akhir tempoh perakaunan untuk memadankan hasil dan belanja dengan tepat. Ia diperlukan bagi akaun asas akruan kerana asas akruan melibatkan hasil dan belanja yang telah diiktiraf oleh entiti sedangkan hasil atau belanja masih belum dibuat sepenuhnya. Oleh sebab inilah makan asas akruan amat penting bagi memastikan akaun sesuatu entiti itu betul dan tepat.

Cadangan
• Setiap pelabur perlu mengetahui maksud dan konsep asas akruan kerana ia memberi kesan terhadap pulangan pelaburan pada masa hadapan.
• Syarikat atau organisasi perlu menentukan kadar akruan yang tepat supaya tidak menjejaskan keuntungan bersih syarikat
• Sistem akruan lebih sesuai digunakan dalam sesebuah organisasi kerana ia memenuhi prinsip-prinsip GAAP dan tidak semua urusniaga berlaku dalam bentuk tunai.


4.0 RUMUSAN
Daripada kajian yang dibuat, kami mendapati bahawa sistem perakaunan asas tunai masih penting serta memenuhi kehendak semasa dan kehendak akan datang bagi konteks perakaunan. Asas ini selalunya diamalkan oleh firma kecil atau firma perkhidmatan, seperti pusat tuisyen dan klinik perubatan. Walaupun asas tunai mempunyai kelemahan tertentu, tetapi ia masih merupakan kaedah perakaunan yang paling sesuai digunakan oleh kerajaan persekutuan dan agensi lain. Misalnya, dari aspek perakaunan kerajaan, perakaunan asas akruan adalah tidak relevan kerana matlamat sektor awam dan sektor swasta adalah berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, perakaunan asas tunai digunakan bagi mengatasi kelemahan dalam perakaunan asas akruan.

Namun begitu, perakaunan asas akruan juga mempunyai kebaikan da keistimewaan tersendiri. Penggunaan asas akruan amat berguna bagi memastikan hasil dan belanja untuk sesuatu tempoh tidak terlebih atau terkurang nyata. Ia juga dapat memberikan gambaran sebenar tentang prestasi dan kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik bagi sesuatu tempoh perakaunan. Perakaunan asas akruan juga sesuai digunakan oleh firma besar yang menjalankan urus niaga secara kredit. Tambahan pula, maklumat dalam asas akruan menunjukkan kedudukan sebenar perniagaan dan kedudukan kewangan persatuan serta ianya berguna dalam membuat jangkaan untuk masa depan perniagaan.

Kesimpulannya, hasil keputusan daripada kajian ini telah memberi implikasi yang jelas kepada penganalisis dan para pelabur. Para penganalisis seharusnya berhati-hati dalam menyediakan maklumat akruan bagi sesebuah syarikat untuk menentukan sama ada asas akruan yang digunakan akan memberi impak positif atau menyebabkan berlakunya kekurangan dalam pendapatan atau hasil untuk masa akan datang. Dari sudut para pelabur pula, mereka boleh menggunakan maklumat dalam penyata kewangan yang disediakan oleh para penganalisis, iaitu akauntan untuk mengenal pasti syarikat yang mempunyai perubahan pulangan inventori pada masa akan datang disebabkan oleh perubahan pendapatan yang dijangka diterima.



BIBLIOGRAFI
Buku Tutorial Perakaunan Sesi 2009/2010 (2009). Perlis: Kolej Matrikulasi Perlis.

Khalid Ismail dan Mahadzir Hamid (2005). Perakaunan Awalan Edisi Kedua. Selangor: Pearson Prentice Hall.

Scott A.R., Richard G.S., Mark T.S dan Tuna I. (2006). The implication of accounting distortion and growth for accruals and profitability. Dalam The Accounting Review, 81(5), 713.

Wan, H.L. dan Tee, K.B. (2008). Fokus Super Hot Prinsip Perakaunan SPM (jilid II). Kuala Lumpur: Pelangi Sdn. Bhd.

Wong C.C. (2010) Diperoleh pada Ogos 3, 2010 daripada http://embedit.in/YUzhOMOmHT.

Diperoleh pada Ogos 29, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/18177598/Konsep-Padanan-Dan-Proses-Pelarasan.

Diperoleh pada Ogos 29, 2010 daripada http://www.cliffsnotes.com/study_guide/Generally-Accepted-Accounting-Principles.topicArticleId-21081,articleId-21005.html.

1 comment:

  1. Hello,
    Adakah perniagaan anda memerlukan pembiayaan? Adakah anda memerlukan wang untuk membeli peralatan, skala strategi pemasaran anda, atau mengambil pekerja baru? Tidak kira apa keperluan anda, ada satu perkara yang anda perlu ingat: mencari pinjaman perniagaan adalah lebih mudah hari ini berbanding sebelum ini. kami kewangan global yang terhad, syarikat pinjaman yang paling cepat yang memberikan daripada apa-apa jenis pinjaman kepada individu yang berkelayakan, swasta dan syarikat awam pada kadar faedah 2% tanpa cagaran. hubungi kami hari ini untuk pinjaman anda perlu melalui e-mel: emilianawilson11@gmail.com

    PINJAMAN Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
    ================================
    * Pinjaman Commercial.
    * Pinjaman Peribadi.
    * Pinjaman Perniagaan.
    * Pelaburan Pinjaman.
    * Pinjaman Pembangunan.
    * Pembelian Pinjaman.
    * Pinjaman Construction.
    * Pinjaman Perniagaan Dan banyak More:

    BORANG PERMOHONAN PINJAMAN:
    =================
    DATA PERMOHONAN

    1) Nama Penuh:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Negeri:
    5) Seks:
    6) Status perkahwinan:
    7) Pekerjaan:
    8) Nombor telefon:
    9) Kedudukan Semasa di tempat kerja:
    10) Pendapatan bulanan:
    11) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    12) Tempoh Pinjaman:
    13) Tujuan pinjaman:
    14) Agama:
    15) Adakah anda memohon sebelum:
    16) Tarikh lahir:
    Terima kasih.

    ReplyDelete