Tuesday, August 17, 2010

finally..

akhirnya siap gk asgment aq..huhu..sok kne antar..
asgment petame yg ciap..hehe...
alhamdulillah..

kisah faiza bawumi sayed ahmad..pengarah urusan syarikat faiza sdn. bhd

Latar Belakang Profil – Faiza Bawumi Sayed Ahmad

Seperti yang kita sedia maklum, Syarikat Faiza Sdn. Bhd merupakan penaja program realiti di TV3 bertajuk Bersamamu. Pengasas syarikat ini merupakan anak kelahiran Negara Mesir dan berhijrah ke Malaysia mengikut arwah suaminya setelah mempunyai seorang anak. Nama beliau ialah Faiza Bawumi Sayed Ahmad, anak sulung dari 7 orang adik beradik, berumur 68 tahun. Bapanya seorang tahfiz dan peniaga kedai makanan di Mesir.

Menurut beliau, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Beliau membangunkan syarikatnya daripada bisnes runcit biasa yang dijalankan di rumah menjadi antara pemborong beras yang terkemuka di Malaysia. Ibu pejabat Syarikat Faiza Sdn. Bhd kini terletak di Batu Pahat Johor.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Faiza tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja amal termasuk memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysia, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Batu Pahat, Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu Pahat (Pengerusi Biro Kebajikan) dan ahli lembaga pelawat Hospital Batu Pahat serta pemegang amanah anak yatim Batu Pahat.

Antara anugerah dan pengiktirafan yang berjaya diraih oleh syarikat ialah:

· Pensijilan ISO 9001 : 2000 oleh Sirim pada tahun 2004

· Pensijilan Halal oleh Jakim

· Taj Mahal Superbrands pada tahun 2003 dan 2004 oleh Superbrands Malaysia

· Pemborong Terbaek Padi Beras Nasional (Bernas) pada tahun 2001

· Reader’s Digest Golden Award pada 2005

· Health Certification (Free Sales) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

· Anugerah Produk Terbaik 2008 (Rempah Kari Daging) oleh Kementerian Pertanian Malaysia (MOA)

1

Fungsi Pengurusan

Kejayaan matlamat organisasi bergantung pada keberkesanan pengurusannya. Semakin besar sesebuah organisasi semakin rumit pengurusannya. Oleh itu, pengurus akan menjalankan fungsi pengurusan iaitu merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal. Puan Faiza telah menjalankan fungsi pengurusan dengan berkesan dan berjaya melebarkan sayap syarikatnya sehingga ke luar negara seperti Brunei dan New Zealand.

Dalam proses pengurusan, perancangan merupakan fungsi pertama yang perlu dijalankan. Pada tahap ini, Puan Faiza menetapkan matlamat iaitu untuk menjadi pemimpin di dalam industri makanan di Malaysia dengan mengkhususkann pengeluaran beras yang berkualiti tinggi serta ingin menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia. Beliau sibuk merancang strategi semasa kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini dan bertungkus-lumus bagi memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu sentiasa mencatatkan keuntungan setiap tahun.

Fungsi pengurusan seterusnya ialah mengorganisasi. Puan Faiza bijak menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi kepada jabatan tertentu untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat. Beliau juga di bantu oleh 5 daripada 7 orang anak-anaknya. Beliau sentiasa berinteraksi antara jabatan – jabatan serta menyelaras aktiviti organisasi agar tidak berlaku pertindihan tugas dan autoriti.

Memimpin atau mengarah, merupakan fungsi pengurusan yang ketiga iaitu proses di mana Puan Faiza cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan efektif dan efisien untuk mencapai matlamat organisasi. Puan Faiza sering melatih pekerja – pekerja beliau seperti memberi latihan, seminar serta tunjuk ajar kepada mereka. Beliau juga pernah menangkap pekerja yang menipu dalam syarikat. Beliau mengamalkan gaya kepimpinan yang pelbagai seperti demokratik dan laissez-faire yang sesuai dengan suasana persekitaran organisasi.

Fungsi pengurusan terakhir ialah pengawalan. Puan Faiza sentiasa memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan pembaikan untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dijangkakan. Misalnya, beliau melakukan pembaikan terhadap kualiti beras dari semasa ke semasa. Hasil daripada tindakan pembaikan ini, beliau telah menghasilkan 21 jenama beras dan beberapa produk lain seperti rempah dan bihun manakala produk kicap dan sos masih dalam proses percubaan.

4

Kemahiran yang dimiliki oleh Puan Faiza

Kemahiran pengurusan ialah bidang pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang pengurus yang cekap untuk mengurus organisasi agar malamat organisasi dapat dicapai. Sebagai seorang pengarah urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd, Puan Faiza memiliki 3 jenis kemahiran iaitu kemahiran konseptual, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran teknikal.

Kemahiran konseptual ialah kemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan dan mengintegrasikan hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi dan melibatkan proses perancangan dan pengurusan strategik untuk mencapai matlamat organisasi. Kemahiran ini sangat penting kerana Puan Faiza perlu bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang perubahan dalam persekitaran dalaman dan luaran serta organisasi secara keseluruhan. Misalnya, Puan Faiza perlu membentuk visi, misi dan objektif organisasi beliau. Puan Faiza membuat perancangan jangka panjang iaitu dengan mengeluarkan beberapa produk baru bagi mengukuhkan dan memanjangkan hayat perniagaan. Baliau mendapati pemborong beras kebanyakannya terdiri daripada kaum lain, dari situ beliau merebut peluang yang ada untuk menjadi pemborong beras dan mengembangkan lagi perniagaannya yang sebelum ini hanya terdiri daripada rempah sahaja.

Kemahiran seterusnya ialah kemahiran kemanusiaan.iaitu memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan mempengaruhi orang dengan memahami perasaan, tingkah laku dan sikap orang lain. Puan Faiza mempunyai kebolehan bekomunikasi dengan pelbagai golongan manusia seperti bertemu pembekal dan berbincang serta bermesyuarat bersama pekerja. Puan Faiza juga sentiasa memotivasi pekerjanya dan mengawal aktiviti yang membabitkan pengurusan prestasi pekerja. Dengan kemahiran yang dimiliki oleh Puan Faiza, Syarikat Faiza telah menerima pelbagai anugerah termasuk Pemborong Terbaik Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada tahun 2001.

Kemahiran terakhir yang dimiliki oleh Puan Faiza ialah kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal ialah kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur dan teknik dalam bidang tertentu. Puan Faiza memiliki pelbagai kebolehan sebelum berjaya menjadi pemborong beras terkemuka iaitu diploma dalam seni jahitan dan membuat ramuan rempah kari sendiri. Puan Faiza mengambil upah menjahit sulaman dan membuat rempah kari sendiri untuk mendapatkan modal bagi menjual beras. Beliau kemudian memohon lesen pemborong beras dan menjual beras pelbagai jenis termasuk ponni, basmathi, beras wangi, beras siam.

3

Cabaran Kehidupan Puan Faiza

Bak kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”. Sebelum Syarikat Faiza berada pada tahap sekarang pelbagai cabaran dilalui oleh Puan Faiza. Selepas berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya, bermulalah cabaran hidup anak kelahiran Mesir ini sebelum menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Description: http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0607/Kosmo/Varia/va_01.1.jpg Suaminya Abu Bakar sibuk dengan urusan kadi, Puan Faiza mula memikirkan aktiviti berfaedah yang dapat beliau buat bagi mengisi masa lapangnya. Puan Faiza dapat berbahasa Melayu dalam masa hanya tiga bulan kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran-jirannya. Antara aktiviti awal yang beliau lakukan adalah membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil-kecilan ini, beliau menabung wang sedikit demi sedikit bagi menjadikan modal bisnes seterusnya.

Ketika tinggal di Mersing, Puan Faiza berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan itu bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging. Semuanya dilakukan sendiri, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar.

Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan sebuah kedai. Pada tahun 1982, Syarikat Faiza secara rasminya ditubuhkan. Beliau mengembangkan perniagaan dengan memohon lessen pemborong beras kerana mendapati pemborong beras ramai terdiri daripada kaum lain. Para pelanggan yang melanggan rempah-rempah beliau turut membeli beras daripadanya.

Pada tahun 1992, syarikatnya bertukar entiti perniagaan menjadi syarikat Sdn. Bhd. Pada tahun 1997 pula syarikat itu menjalankan usahasama dengan Bernas dan menjadi ahli kumpulan Bernas. Kini, kilang beras Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi dan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

5

Peranan Puan Faiza

Syarikat Faiza Sdn Bhd kini telah mempunyai kilang di Kuala Lumpur, Kedah dan Terengganu. Puan Faiza mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.

Bagi memastikan pengurusan berjalan lancar, beliau memainkan peranan interpersonal iaitu sebagai pemimpin. Beliau bertanggungjawab untuk mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti subordinatnya bagi mencapai matlamat organisasi. Disamping itu, beliau juga membantu rakyat Malaysia dengan memberi peluang kepada mereka menjadi pemborong beras serta memberikan peluang pekerjaan di syarikatnya. Beliau juga sentiasa memberi latihan dan motivasi kepada semua kakitangan syarikat tidak mengira pangkat dan jawatan. Beliau juga sering menunjuk ajar para pekerja dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan para pekerja bawahannya. Beliau bijak berkomunikasi dengan semua pihak dari dalam mahupun luar organisasi. Niat beliau hanya satu, iaitu tujuan beliau berniaga bukan untuk kekayaan diri sendiri, tetapi untuk membantu orang lain terutama golongan miskin dan ibu tunggal menikmati kehidupan yang baik.

Selain itu, Puan Faiza memainkan peranan sebagai pembuat keputusan iaitu sebagai usahawan. Beliau sentiasa berusaha untuk membangunkan perniagaannya dengan mengeluarkan beberapa produk baru seperti sos, kicap dan bihun dan tidak hanya bergantung kepada beras dan rempah untuk memenuhi citarasa pengguna dan menghadapi sebarang kemungkinan seperti bencana alam yang menyebabkan bekalan beras terputus. Setiap tindakan yang diambil harus berupaya untuk menggembleng factor pengeluaran dengan cekap dan membuat pengurusan yang bijak berdasarkan kajian risiko yang telah dijalankan.

Puan Faiza juga memainkan peranan informasional dengan bertindak sebagai jurucakap bagi menyampaikan maklumat dari dalam dan luar organisasi kepada pihak yang mempunyai kepentingan dalam organisasi tersebut. Misalnya, syarikat pembekal beras, Syarikat Faiza Sdn. Bhd mengunjurkan pertumbuhan jualan sebanyak 20 peratus bagi semua produk keluarannya pada tahun ini. Puan Faiza berkata, unjuran itu dijangka lebih baik berdasarkan pencapaian syarikat mencatat jualan melebihi RM200 juta tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya.

2


4 comments:

  1. heyy , thanks for this haha penat ouhh search pasal ni . tbe2 sama lakk . nak ehh maklumat ni :)

    ReplyDelete
  2. amek la..mmg nk share pon..hehe..sonoknye dpt tolg org..hahahaha~

    ReplyDelete
  3. yehaa...tajuk yang sama. . nak share leh x..?ngee

    ReplyDelete
  4. thnx..penat crik nk wat asignment..:)

    ReplyDelete