Wednesday, August 25, 2010

gempa bumi..asgment ku..ehehe

Isu Alam Sekitar : Kejadian Gempa Bumi

1.0 Pendahuluan

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber alam semula jadi. Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber ini adalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan.

Pemusnahan hutan, pemanasan global dan bencana alam adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif. Gempa bumi adalah salah satu daripada isu yang dihadapi dunia. Pada masa kini, gempa bumi sering terjadi dan walau secanggih mana pun teknologi tiada siapa mampu meramal dengan tepat bila dan dimana gempa bumi akan berlaku.

Gempa bumi yang besar telah berlaku di Haiti pada 12 Januari 2010. Belum sempat Haiti pulih sepenuhnya dari kejadian gempa bumi yang melanda negara itu pada 12 Januari lalu, dunia dikejutkan lagi dengan beberapa kejadian gempa bumi. Dalam tempoh tidak sampai 100 hari, sekurang-kurangnya tiga kejadian gempa bumi besar berlaku selepas peristiwa gempa bumi di Haiti iaitu di Chile pada 27 Februari 2010, Pakistan dan Afghanistan pada keesokan harinya, 28 Februari 2010 manakala beberapa negara seperti Taiwan, Filipina malah Malaysia juga terkena tempias gempa bumi namun tidaklah sampai mengancam nyawa.

2.0 Kejadian Gempa Bumi

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, serta bumi mengeluarkan segala isinya, dan berkatalah manusia apa yang telah terjadi pada bumi, pada hari itu, bumi pun menceritakan khabar beritanya, bahawa Tuhanmu telah memerintahkan padanya, pada hari tu manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan amal-amal mereka, maka siapa yang berbuat kebaikan seberat zarah nescaya akan dilihatnya, dan siapa yang berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihatnya.

( Az-Zalzalah : 1-8 )

Petikan di atas merupakan petikan daripada terjemahan kitab suci Al-Quran yang menghurai perihal berkaitan gempa bumi. Selain itu, sumber daripada Ensiklopedia Nasional Indonesia menghurai proses gempa bumi terjadi iaitu :

Satu peristiwa bergetar atau bergoncangan permukaan bumi yang tiba-tiba akibat pelepasan tenaga bumi secara mendadak. Di mana sejumlah tenaga yang dilepaskan akan disebarkan ke semua arah permukaan bumi tidak kira sama ada pada permukaan daratan atau lautan.”

( Ensiklopedia Nasional Indonesia, jilid 6 )

Gempa Bumi sama seperti taufan. Ia bukan hanya satu tenaga yang besar tetapi masih menjadi misteri untuk diramal dan diduga. Bagai memahami paras kerosakan yang berkaitan dengan gempa bumi kita perlu melihat gempa yang berlaku sebelumnya. Jika kita melihat kembali ke 27 Julai 1976 di Tangshan, China, satu gempa bumi besar yang menyebabkan 255,000 orang terkorban. Dalam tragedi berkenaan dianggarkan 690,000 orang cedera serta bangunan hilang dalam sekelip mata. Skala kemusnahan sukar digambarkan tetapi semua skala gempa bumi terus berlaku sepanjang masa.

Gempa bumi ialah satu peristiwa geologi yang sering terjadi terutama di kawasan lingkaran api. Ia terhasil apabila sejumlah tenaga mampatan dan tegangan yang terkumpul semasa gangguan pergerakan antara satah yang tidak bersambung terbebas secara tiba-tiba dan gelombang itu bergerak dalam arah yang rawak. Gelombang yang terhasil daripada gempa bumi dipanggil gelombang seismik dan titik pelepasan tenaga pula dipanggil pusat gempa bumi atau dikenali sebagai epicenter. Gempa bumi biasanya berlaku di pinggir plat atau di pertemuan plat yang mana di kawasan ini adalah yang paling lemah struktur batunya. Kawasan ini dikenali sebagai rekahan.

Gempa bumi juga boleh berlaku di tengah plat. Pegerakan antara plat ini boleh berlaku dengan perselisihan antara satu sama lain dari pelbagai arah atau satu plat bergerak ke bawah plat yang lain. Biasanya gempa bumi yang besar biasa berlaku kerana pergerakan plat memasuki lapisan dalam bumi serta berhampiran bumi. Pusat gempa bumi biasanya berkedalaman 70 hingga 300 km dari permukaan bumi.

(Sumber dipetik daripada http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2006/6IT/PART1/ahmadamruaa010012d06ttp.pdf)

Secara kesimpulannya, gempa bumi boleh dikatakan sebagai satu pergerakan dan pengubahsuaian kedudukan pada masa tertentu disebabkan oleh pelepasan tekanan dalam masa yang panjang.

3.0 Jenis-jenis Gempa Bumi

Jenis-jenis gempa bumi yang terdapat di dunia ini terbahagi kepada dua iaitu gempa bumi tektonik dan gempa bumi berapi.

3.1 Gempa Bumi Tektonik

Gempa bumi tektonik disebabkan oleh pelepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.

3.2 Gempa Bumi Gunung Berapi

Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.

Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.

Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi. Lebih kurang 500,000 dikesan setiap tahun ddi seluruh dunia namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi kecil juga akan mengiringi gempa bumi besar, dan boleh berlaku sama ada sebelum atau selepas gempa bumi besar tersebut. Ia dipanggil gempa susulan.

Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa yang berlaku pada permukaan bumi, bagaimana tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan bagaimana tenaga ini menyebabkan kemusnahan.

( sumber dipetik daripada http://kuliahpsikologi.dekrizky.com/jenis-gempa-bumi )

4.0 Punca Berlakunya Gempa Bumi

Gempa bumi terhasil oleh proses alam semulajadi mengejut seperti letupan gunung berapi dan hentaman meteor. Bagaimanapun gempa bumi kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar yang dikenali sebagai "Iisostatic".

Kerak bumi boleh membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai "faulting"."Faulting" boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar."Faulting" pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.

Lantunan "Iisostatic" merupakan satu lagi punca gempa bumi. Lantunan "Iisostatic" merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih. Pergerakan lantunan "Iisostatic" akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Gempa bumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan yang berskala besar. Jumlah isipadu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi pada lapisan bumi di dasar empangan menyebabkan berlakunya lantunan "Iisostatic" yang menyebabkan berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

( Sumber dipetik daripada http://www.oocities.com/semua_hal/FaktaGempaBumi.htm )

5.0 Risiko Kawasan Gempa Bumi

Kejadian gempa bumi boleh berlaku di mana-mana di seluruh dunia pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang tanda dan ianya adalah tidak boleh dielakkan. Kebanyakan gempa bumi terjadi di sepanjang pinggir lautan dan dan di plat kontinental. Plat bermaksud lapisan kerak bumi. Plat pada permukaan dasar laut disebut sebagai plat lautan. Plat ini akan bergerak disebabkan oleh pergerakan laapisan mantel bumi yang terletak di bawah lapisan kerak bumi. Di antara plat-plat itu akan selalu terjadi perlanggaran, menolak dan bergeser antara satu sama lain dan kelajuan pergerakan plat ini boleh digambarkan seperti kelajuan pertumbuhan kuku pada jari kita.

Daripada sejarah gempa bumi yang terjadi sebelum ini, kebanyakan gempa bumi yang berlaku disebabkan pertemuan antara dua plat. Ada juga gempa bumi yang berlaku jauh daripada pinggir laut iaitu berlaku di pinggir keretakan memanjang (fault). ‘Fault’ adalah retakan pada permukaan bumi yang berpunca daripada dua plat yang bergerak pada arah yang berlainan atau disebabkan oleh perlanggaran di antara plat-plat tersebut.

( Sumber dipetik daripada http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2006/6IT/PART1/ahmadamruaa010012d06ttp.pdf)

5.1 Antara Kawasan yang Selalu Mengalami Gempa Bumi

Antara negara-negara dalam Lingkaran Cincin Api Pasifik, "Pacific Ring of Fire"

· Indonesia

· India

· Taiwan

· Jepun

· Afghanistan

6.0 Cara Gempa Bumi Diukur

Gegaran seismic yang dihasilkan oleh gempa bumi direkodkan oleh satu peralatan khas yang dipanggil "seismograf". Bacaan daripada 3 seismograf paling minima yang terletak pada lokasi yang berlainan mesti di ukur untuk menentukan titik tumpu gempa bumi. Bacaan seismograf juga boleh digunakan untuk menentukan saiz gempa bumi.

Saiz gempa bumi yang di ukur dengan mesin yang diberikan nama seismograf diberikan menurut skala Richter. Skala Richter merupakan ukuran logarithmik. Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter. Nombor 1 hingga 10 dan nombor 1 adalah gempa bumi kecil yang biasa berlaku setiap hari dan biasanya manusia tidak merasainya. Nombor 7 hingga 10 adalah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun.

Kekuatan gempa bumi boleh di ukur mengikut pengalaman manusia dengan menggunakan skala Mercalli yang diubahsuai. Skala Mercalli yang diubahsuai mengukur gempa berdasarkan jumlah kerosakan pada bangunan dan kemusnahan harta benda.

(Sumber dipetik daripada http://www.oocities.com/semua_hal/FaktaGempaBumi.htm)

Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya. Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang).

7.0 Kesan Gempa Bumi

Kejadian gempa bumi yang besar akan meninggalkan kesan mendalam kepada semua penduduk dunia. Antara kesan-kesannya ialah kematian atau kecederaan, kebakaran, tanah runtuh, tsunami, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal dan sebagainya.

7.1 Kematian atau Kecederaan

Kebanyakan manusia akan terperangkap di dalam bangunan yang runtuh atau batu bata yang jatuh ke jalan semasa gempa bumi berlaku. Oleh sebab itu, kematian atau kecederaan banyak terjadi terutamanya apabila berlaku gempa bumi yang besar. Dalam keadaan yang cemas, manusia akan berlari keluar bangunan untuk menyelamatkan diri tetapi sebenarnya tindakan mereka itu salah. Kemungkinan untuk tertanam di bawah serpihan kaca dan batu-bata adalah lebih tinggi di luar bangunan berbanding di dalam bangunan. Misalnya dalam kes gempa bumi di Loma Prieta, California pada tahun 1989, ramai orang terkorban akibat di tanam oleh batu-bata dan serpihan kaca daripada bangunan yang runtuh ke jalan raya. Seramai 63 orang kehilangan nyawa dan 3, 757 cedera pada gempa bumi berskala 6.9 Ritcher itu.

Selain itu, pada 27 Julai 1976 juga berlaku gempa bumi yang besar di Tangshan, China. Seramai 255, 000 orang terkorban dan dianggarkan 690, 000 orang tercedera serta bangunan hilang dalam sekelip mata akibat gempa bumi tersebut.

7.2 Kebakaran

Kebakaran juga kerap berlaku selepas gempa bumi kerana bahan mudah terbakar, terdedah kepada api atau paip yang membekalkan gas kepada rumah-rumah yang rosak akibat gempa bumi. Pili bomba atau jalan yang rosak akan menyebabkan api mudah merebak dengan cepat dan pihak bomba biasanya tidak sempat untuk memadamkan kebakaran. Sebahagian besar bandar akan terbakar menyebabkan kehilangan nyawa yang lebih banyak. Dalam kejadian gempa bumi San Francisco 1906 yang berukuran 7.6 skala Ritcher, kebakaran yang berlaku selepas gempa bumi menyebabkan lebih banyak kemusnahan berbanding dengan gempa buminya. Lebih kurang 25, 000 buah bangunan dalam 490 buah bandar musnah akibat kebakaran yang berlaku selama 4 hari itu. 90% kemusnahan adalah disebabkan kebakaran selepas gempa bumi.

7.3 Tanah Runtuh

Gempa bumi yang menghasilkan gegaran dan ketegangan boleh menyebabkan struktur cerun yang sedia lemah mengalami runtuhan atau menyebabkan pergerakan sesar (discontinuity) menjadi lebih aktif lagi Seterusnya, berlaku tanah runtuh. Bangunan boleh mengalami kerosakan apabila tanah tidak dapat menyokong bangunan itu. Ini boleh berlaku dalam bentuk tanah runtuh

atau pencairan tanah. Pergerakan tanah ini boleh menyebabkan landskap bumi berubah. Sebagai contoh, gempa bumi di New Orleans telah menukar arah aliran sungai Mississppi. Contoh lain ialah gempa bumi yang berlaku di Chi-Chi, Taiwan pada 20 September 1999. Kesan daripada tanah runtuh yang berlaku selepas gempa bumi, terdapat sungai di situ yang akhirnya membentuk jalan di sekitarnya.

7.4 Tsunami

Tsunami juga boleh berlaku akibat gempa bumi atau letusan gunung berapi di bawah laut. Ombak ini boleh bergerak beribu-ribu kilometer merentasi lautan. Di tempat lautan yang dalam tsunami tidak begitu nyata tetapi apabila ia mula menghampiri pantai di mana airnya cetek, ketinggian tsunami ini boleh bertambah secara mendadak sehingga 50 kaki. Tsunami membawa banyak tenaga dan apabila ia melanda pantai, ia boleh menyebabkan banyak kemusnahan sehingga boleh menyebabkan bangunan runtuh. Tsunami biasanya berlaku selama beberapa jam dan ombaknya datang berturut-turut yang menyebabkan banyak kemusnahan. Tsunami biasanya susah dikesan menyebabkan amaran susah dikeluarkan. Dalam tsunami New Guinea 1998, tsunami berlaku akibat gempa bumi yang berlaku berdekatan dengan pantai menyebabkan banyak kemusnahan. Tsunami yang telah menyebabkan banyak kemusnahan ialah Tsunami Sumatera 2004 yang telah memusnahkan banyak kawasan disekitar Lautan India.

Begitu juga gempa bumi berukuran 8.8 skala Ritcher yang melanda Chile pada 27 Februari 2010 lalu pada pukul 3.34 pagi (2.43 petang semalam waktu Malaysia) yang mana lebih 800 orang terbunuh. Lebih malang lagi, ombak setinggi lebih dua meter menghempas pantai Chile selepas gempa bumi itu dan lebih 300 mayat ditemui di kampung nelayan Constitucion akibat tsunami. Kejadian ini juga telah mencetuskan ombak tsunami yang meredah Lautan Pasifik dan melanda Jepun sehari kemudian. Jepun dilanda ombak tsunami setinggi 1.45 meter namun kerana tindakan pantas kerajaannya mengarahkan sekurang-kurangnya 320,000 penduduknya berpindah dari kawasan pantai berjaya mengawal keadaan. Tsunami setinggi 1.45 meter membanjiri pelabuhan perikanan Otsuchi di pantai utara Jepun, manakala gelombang lebih kecil turut mengenai pulau Minamitori, 1,950 kilometer ke selatan Tokyo tetapi tiada kematian dilaporkan.

Peristiwa 26 Disember 2004 di mana berlakunya ombak besar tsunami yang melanda Aceh juga berpunca daripada gempa bumi besar yang berlaku di lautan Hindi. Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Angka sebenar korban kali ini mengkin tidak akan dapat diketahui namun sekurang-kurangnya 182,000 orang telah maut akibat peristiwa tersebut.

7.5 Kemusnahan Harta Benda

Dalam peristiwa gempa bumi yang mengakibatkan tunami pada 24 Disember 2004, dianggarkan lebih lima juta orang telah kehilangan tempat tinggal dan rumah kediaman di Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand, Malaysia, Filipina dan Maldives. Semua gempa bumi yang besar akan mengakibatkan kemusnahan harta benda seperti bangunan, jalan raya, rumah-rumah dan sebagainya. Ia turut menjejaskan sistem perhubungan jalan raya dan system komunikasi. Gempa bumi yang besar juga akan mengakibatkan kerugian yang tinggi kepada Negara kerana kmudahan infrastruktur yang disediakan perlu dibangunkan semula atau diperbaiki. Ia tentunya melibatkan kos yang tinggi. Maka, ekoran daripada kemusnahan harta benda, ekonomi sesebuah negara akan turut terjejas.

8.0 Persediaan Sebelum Berlakunya Gempa Bumi

Satu pengajaran yang kita semua boleh pelajari daripada kejadian gempa bumi adalah persiapan serta cara terbaik untuk menyediakan diri sebelum, semasa dan selepas kejadian gempa bumi. Apa yang kita dapat lihat ialah semasa gempa bumi yang menyebabkan ombak tsunami mengganas, banyak negara tidak menjangka dan jelas tidak bersedia menghadapi bencana tersebut. Hal ini telah mengakibatkan banyak nyawa terkorban dan berbilion-bilion harta benda musnah sama sekali. Kehilangan nyawa yang begitu ramai dan kemusnahan harta benda yang begitu banyak dalam sejarah akibat gempa bumi boleh dielakkan sekiranya kita lebih bersedia menghadapi kejadian ini dengan efisyen dan efektif.

Kini dunia sedang menghadapi cabaran baru untuk menangani kesan gempa bumi terhadap mangsa, keluarga dan komuniti yang terlibat dari segi mental, fizikal, psikologikal, sosial dan ekonomi. Peristiwa gempa bumi yang juga melibatkan kemusnahan yang teruk. Infrastruktur, harta benda, ternakan dan tanaman pertanian mengalami pelbagai jenis kerosakan yang kekal. Ia memberi kesan yang buruk terhadap masyarakat dan menjejaskan pembangunan sosial negara.

Antara cabaran yang perlu dihadapi untuk menangani adalah amaran awal, persediaan, usaha menyelamat, pemulihan dan pembinaan semula. Usaha mengurangkan (mitigating efforts) perlu diberi tumpuan agar kesan langsung, jangka sederhana dan jangka panjang bencana dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum. Pengurusan bencana secara sistematik dapat membantu agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan merencanakan persediaan mereka secara profesional. Di negara-negara Barat, terdapat pelbagai jenis agensi yang aktif menawarkan program pencegahan dan panduan bagi menghadapi bencana alam yang tidak sahaja berkisar tentang banjir malah tanah runtuh, gempa bumi, kebakaran dan alam sekitar.

Pengurusan bencana sebagai satu bentuk disiplin yang wajar diberi perhatian. Pada peringkat awal, maklumat dan panduan boleh disebarkan seluas-luasnya kepada orang ramai tentang cara terbaik untuk bertindak apabila menghadapi bencana alam. Kempen ini boleh dilaksanakan melalui sekolah dan media massa secara berterusan dari semasa ke semasa. Seminar, bengkel dan forum dapat dirancang bagi membincangkan pengurusan krisis bencana alam dari segi usaha bantuan, menyelamat, pemulihan dan pembinaan semula.

( Sumber petikan dipetik daripada http://www.haluan.org.my/v3/index.php/pengurusan-bencana-alam-dan-kesannya-kepada-pembangunan-sosial.html.)

9.0 Langkah-langkah yang Harus Dilakukan Semasa Berlaku Gempa Bumi.

Semua penduduk dunia perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku seperti gempa bumi. Gempa bumi boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana jua. Oleh itu, semua orang haruslah mempunyai ilmu dan persediaan semasa berlakunya gempa bumi.

9.1 Bangunan

Apabila berada di dalam bangunan, kita boleh mengambil perlindungan di bawah meja,meja tulis atau bangku yang teguh. Pilihlah lokasi yang boleh memrikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda tetapi elakkan diri daripada berdekatan dengan tingkap, rak buku, cabinet, cermin berat dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Ambillah sesuatu seeprti kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain untuk menutup kepala dan muka daripada bahan yang jatuh dan serpihan kaca. Anda juga jangan sesekali menggunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api seperti memadam suis computer, dan semua peralatan eletrikdi sebabkan ada kemungkinan kebocoran gas dan akan berlakunya kebakaran.

9.2 Bangunan Yang Tinggi

Berlindung menggunakan duck, cover and hold, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan. Jangan gunakan lif dan patuhi prosedur pengungsian bangunan. Jika anda berada di dalam lif, segera keluar tetapi jika terkandas, segera hubungi pihak bangunan berkenaan dengan interphone yang disediakan.

9.3 Laluan Pejalan Kaki Dekat Bangunan

Berjalan masuk ke arah muka pintu atau rapat ke struktur bangunan untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan barangan lain yang jatuh. Lindungi juga kepala anda dengan tas tangan, buku, fail atau apa jua barang yang anda bawa. Jika tiada membawa apa-apa barang, cari apa jua bahan yang ada di sekeliling andasebagai pelindung kepala anda.

9.4 Kereta

Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walaubagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda. Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti kerana kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik. Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar lektrik yang terendam atau laluan jalan rosak atau berlubang-lubang.

10.0 Kesimpulan

Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam seperti gempa bumi atau gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam ini untuk memahami bumi dan alam sekitar kita.

Tarikh 26 Disember 2004 banyak meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk dunia khasnya penduduk negara sekitar Asia Tenggara kerana pada tarikh tersebut berlaku satu gempa bumi yang dahsyat berukuran 9.0 pada skala Ritcher. Gempa ini berlaku di kawasan seluas 250 kilometer ke barat daya Sumatera. Ianya telah mengorbankan lebih daripada 100, 000 orang. Kejadian seperti ini di luar jangkaan sesiapa sahaja bahkan para saintis sendiri.

Kejadian gempa bumi adalah suatu kejadian semulajadi yang tidak boleh dikawal atau dielakkan. Gempa bumi itu sendiri bermaksud pergerakan permukaan bumi secara tiba-tiba disebabkan oleh pelepasan tenaga dari kerak bumi. Di Negara kita iaitu Malaysia, kejadian gempa bumi jarang-jarang dirasai kerana negara kita tidak berada di dalam zon lingkaran gempa bumi yang aktif dan kritikal seperti di Negara Jepun, Indonesia dan Filipina.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, telah memberi satu pengajaran kepada semua akan kepentingan untuk mewujudkan satu sistem amaran awal bagi kawasan Asia Tenggara. Jika diteliti secara mendalam statistik bilangan kematian akibat gempa bumi, kita dapati kadar kematian lebih tinggi di negara yang tidak mempraktikkan kod seismik berbanding di negara yang mengamalkan kod seismik. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan maklumat terhadap kelakuan bangunan dan ketahanan terhadap seismik semasa peringkat merekabentuk dan analisis oleh jurutera.

Oleh yang demikian, kesan gempa bumi tehadap bangunan-bangunan tinggi boleh dilihat pada jangka masa yang lama ataupun singkat jika tidak mempunyai faktor reka bentuk gempa bumi yang mencukupi.

11.0 Lampiran

Berikut adalah sejarah gempa bumi besar pada abad ke-20 dan 21 :

· 15 Jun 2010 - Gempa 10.2 skala Ritcher di Bandung, Indonesia.

· 27 Februari 2010 - Di Chili dengan 8.8 Skala Richter, 432 orang kehilangan nyawa.

· 12 Januari 2010 - Gempa bumi Haiti dengan episenter dekat kota Léogâne 7.0 Skala Richter, perkiraan mangsa terkorban seramai 230, 000 orang, luka-luka 300, 000 orang dan 1, 000, 000 kehilangan tempat tinggal.

· 30 September 2009 - Gempa bumi Sumatera Barat merupakan gempa tektonik yang berasal dari pergeseran patahan Semangko, gempa ini berkekuatan 7.6 Skala Richter (BMG Indonesia) atau 7.9 Skala Richter (BMG Amerika) menggegar Padang-Pariaman, Indonesia. Menyebabkan 1, 100 orang terkorban dan ribuan terperangkap dalam runtuhan bangunan.

· 2 September 2009 - Gempa tektonik 7.3 skala Richter menggegar Tasik Malaya, Indonesia. Gempa ini terasa hingga Jakarta dan Bali, berpotensi tsunami. Korban jiwa masih belum diketahui jumlahnya yang pasti kerana terjadi tanah longsor.

· 3 Januari 2009 - Gempa bumi berkekuatan 7.6 skala Richter di Papua.

· 12 Mei 2008 - Gempa bumi berkekuatan 7.8 skala Richter di Provinsi Sichuan, China. Menyebabkan 80, 000 orang terkorban dan jutaan warga kehilangan tempat tinggal.

· 12 September 2007 - Gempa Bengkulu dengan kekuatan gempa 7.9 Skala Richter.

· 6 Mac 2007 - Gempa bumi tektonik menggegar kawasan Sumatera Barat, Indonesia. Laporan terakhir menyatakan 79 orang terkorban.

· 27 Mei 2006 - Gempa bumi tektonik kuat yang menggegar Daerah Istimewa Yogyakarta dan Jawa Tengah pada 27 Mei 2006 selama 57 saat. Gempa bumi tersebut berkekuatan 5.9 pada skala Richter. United States Geological Survey melaporkan 6.2 pada skala Richter.

· 8 Oktober 2005 - Gempa bumi besar berkekuatan 7.6 skala Richter di Asia Selatan, berpusat di Kashmir, Pakistan; lebih dari 1, 500 orang terkorban.

· 26 Disember 2004 - Gempa bumi dahsyat berkekuatan 9.0 skala Richter menggegar Aceh dan Sumatera Utara sekaligus menimbulkan gelombang tsunami di samudera Hindia. Bencana alam ini telah meragut lebih dari 220, 000 nyawa.

· 26 Disember 2003 - Gempa bumi kuat di Bam, barat daya Iran berukuran 6.5 pada skala Richter dan menyebabkan lebih dari 41, 000 orang terkorban.

· 21 Mei 2002 - Di utara Afganistan, berukuran 5.8 pada skala Richter dan menyebabkan lebih dari 1, 000 orang kehilangan nyawa.

· 26 Januari 2001 - India, berukuran 7.9 pada skala Richter dan menyebabkan 2, 500 orang terkorban ada juga yang mengatakan jumlah korban mencapai 13, 000 orang.

· 21 September 1999 - Taiwan, berukuran 7.6 pada skala Richter, menyebabkan 2, 400 terkorban.

· 17 Ogos 1999 - Barat Turki, berukuran 7.4 pada skala Richter dan meragut 17, 000 nyawa.

· 25 Januari 1999 - Barat Colombia, pada magnitud 6.0 dan meragut 1, 171 nyawa.

· 30 Mei 1998 - Di utara Afghanistan dan Tajikistan dengan ukuran 6.9 pada skala Richter menyebabkan sekitar 5, 000 orang kehilangan nyawa.

· 17 Januari 1995 - Di Kobe, Jepun dengan ukuran 7.2 skala Richter dan meragut 6, 000 nyawa.

· 30 September 1993 - Di Latur, India dengan ukuran 6.0 pada skala Richter dan 1, 000 orang terkorban.

· 21 Jun 1990 - Di barat laut Iran, berukuran 7.3 pada skala Richter, meragut 50, 000 nyawa.

· 7 Disember 1988 - Barat laut Armenia, berukuran 6.9 pada skala Richter dan menyebabkan 25, 000 kematian.

· 19 September 1985 - Di Mexico Tengah dan berukuran 8,1 pada skala Richter, meragut lebih dari 9, 500 nyawa.

· 16 September 1978 - Di timur laut Iran, berukuran 7.7 pada skala Richter dan menyebabkan 25, 000 kematian.

· 4 Mac 1977 - Vrancea, timur Rumania, dengan besar 7.4 skala Ritcher, menelan sekitar 1, 570 korban nyawa, juga menghancurkan sebagian besar dari ibu kota Rumania, Bukares.

· 28 Julai 1976 - Tangshan, Cina, berukuran 7.8 pada skala Richter dan menyebabkan 240, 000 orang terbunuh.

· 4 Februari 1976 - Di Guatemala, berukuran 7.5 pada skala Richter dan menyebabkan 22, 778 terbunuh.

· 29 Februari 1960 - Di barat daya pesisir pantai Atlantik di Maghribi pada ukuran 5.7 skala Richter, menyebabkan kira-kira 12, 000 kematian dan memusnahkan seluruh kota Agadir.

· 26 Disember 1939 - Wilayah Erzincan, Turki pada ukuran 7.9, dan menyebabkan 33, 000 orang terkorban.

· 24 Januari 1939 - Di Chillan, Chile dengan ukuran 8.3 pada skala Richter, 28, 000 kematian.

· 31 Mei 1935 - Di Quetta, India pada ukuran 7.5 skala Richter dan mengorbankan 50, 000 orang.

· 1 September 1923 - Di Yokohama, berukuran 8.3 skala Richter dan meragut 140, 000 nyawa.

( Sumber diterjemah daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi#Sejarah_gempa_bumi_besar_pada_abad_ke-20_.28dan_21.29


12.0 Bibliografi

Dek Rizky (2010). Jenis gempa bumi. Diperoleh pada Ogos,21 2010 daripada http://kuliahpsikologi.dekrizky.com/jenis-gempa-bumi.

F.James Rutherford (2007). Earthquakes, volcanoes, and tsunamis: Resources for environmental Literacy. United State of America: National Science Teachers Association.

Gempa Bumi (2010). Diperoleh pada Ogos,20 2010 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi.

Gempa bumi (2008). Diperoleh pada Ogos 20, 2010 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1124:gempa-bumi&catid=272:jenis-bencana.

Gempa bumi (2010). Diperoleh pada Ogos,20 2010 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi#Sejarah_gempa_bumi_besar_pada_abad_ke-20_.28dan_21.29.

Gempa bumi 26 Disember 2004 (2010). Diperoleh pada Ogos, 25 2010 daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_26_Disember_2004.

Hafizahril Hamid (2010). Dunia semakin tidak selamat?. Diperoleh pada Ogos,20 2010 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm.

Ken. R (2007). Volcanoes & earthquakes. New York: Sheena Coupe.

Mohamed Yosri Mohamed Yong (2004). Gempa bumi. Diperoleh pada Ogos,20 2010 daripada http://www.oocities.com/semua_hal/FaktaGempaBumi.htm.

Pengurusan Bencana Alam dan Kesannya Kepada Pembangunan Sosial (2009). Diperoleh pada Ogos,25 2010 daripada http://www.haluan.org.my/v3/index.php/pengurusan-bencana-alam-dan-kesannya-kepada-pembangunan-sosial.html.

Walker, D.A. (2010). Satellite transmitted flood alerts to reduce fatalities and injuries on the island of Hawaii associated with locally generated tsunamis. Tsunami Society International , 29. Diperoleh pada Ogos,24 2010 daripada http://www.doaj.org/doaj?func=openurl&genre=journal&issn=87556839&volume=29&issue=1&date=2010.

1989 Loma Prieta earthquake (2010). Diperoleh pada Ogos,25 2010 daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/1989_Loma_Prieta_earthquake.

1906 San Francisco earthquake (2010). Diperoleh pada Ogos,25 2010 daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/1906_San_Francisco_earthquake.



No comments:

Post a Comment